Dashboard | +Follow
Blog | Kyra Hasman


Kyra
25 years old
UTeM Alumni
Strategic Marketing Manager
Twitter | Facebook | Instagram

Previous Home Continue


LUMRAH HIDOP
Tuesday, December 16, 2008 | 10:09 | 0 heartsā™„ aku terasa diri ku sbagai seorang kawan yang sangat tidak berguna. aku telah menghampakan rakan-rakan ku. mereka semua jarang dan seperti sudah melupakan aku dalam diri mereka semua. siapalah aku bagi mereka. hanya sepatung boneka yang dahulunya digilai ramai tetapi kini dilupakan. hampir sebulan aku tidak bertegur sapa dan menghubungi kawan-kawan ku. ke mana mereka semua? apakah yang sedang mereka lakukan? adakah mereka mengingati ku sebagaimana aku mengingati mereka? aku inginkan penjelasan daripada mereka. mengapa mereka layan aku seperti ini? adakah aku tidak sehebat rakanmu yang lain seperti pelajar popular di sekolah itu? aku sebenarnya keliru dengan sikap rakan-rakan ku. apa sebenarnya yang mereka inginkan dari ku? aku sedar bahawa aku ini mempunyai perangai yang buruk. aku sedar bahawa aku ini seorang yang panas baran, kuat 'emotional' malahan aku ini sering kali bercakap kasar dengan kamu semua. tetapi aku perlukan rakan-rakan ku untuk mengubah diri ku ini. tanpa mereka, aku pasti akan terus begini. rakan-rakan ku. aku sedar aku tidak sepetah mana dengan kamu. aku sedar bahawa aku tidak dapat mengikut gerak langkah kamu. dan aku sedar aku tidak seberapa 'sekepala' dengan kamu. tapi apakan daya ku ini? aku tidak dapat mengikut segala-galanya yang kamu semua inginkan dari ku. aku juga sedar bahawa aku telah digantikan dengan orang baru dalam kumpulan kamu itu. dan aku juga sedar kamu semua tidak semesra dulu dengan aku lagi. tatkala dulu, kamu mencari ku pabila ada sebarang masalah. dan aku sedar, pabila masalah kamu itu selesai, akhirnya aku dilupakan. aku terasa sangat kesunyian kerana hidup ku bagaikan tiada orang disekeliling. gelap dan sunyi. hilaian tawa mesra sewakt ketika dulu kian hilang dari memori ku. aku berharap sangat jikalau kamu dapat memberi alasan mengapa aku diperlakukan sebegini. atau pun hanya aku serang saja yang sedar akan hal ini. atau aku terlalu memikirkan hal ini sehinggakan aku yang melupakan kamu semua. jikalau sesiapa yang baca mesej ini, aku berharap sangat kamu dapat fowardkan kepada rakan-rakan yang lain. dengan harapan rakan aku dapat membacanya dan memahami masalah aku ini.