Thursday, April 21, 2011 | 17:52 |
0 hearts♥
ni kisah sorang cik gf yang menulis surat untuk encik bf kesayangan yang mula sedar betapa pentingnya encik bf kesayangan dia tu. Sebelum ni dia tak pernah amik endah pun pasal encik bf. Apa yang encik bf buat, semuanya tak kena. Kesian encik bf. Tapi sejak akhir2 ni, cik gf mula sedar yg encik bf dia tak sama macam lelaki-lelaki lain..
ke hadapan awak, bf ku yang tercinta..
saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal. Kesian awak kan.. sekarang ni, awak pulak merajuk. Then, baru la saya sedar, awak buat semua tu ada sebab..
1- Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk. Saya geram sebab awak biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung awak ni. Akhirnya saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan marah saya dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah awak pulak. Tak pasal2 bukan mkin ok tp makin truklh keadaan. Hehee.. terima kasih awak..
2- Saya selalu tanya awk, “awak sayang saya tak?” huhh. Tapi awak cakap awak tak sayang, time tu sedih sangt. Rasa xdihargai pon ada. Tapi baru saya sedar, awak pernah ckp dlu sayang itu xperlu di ungkap dengan kata, cukup dengan mlihat cara layanan awak kat saya dh cukup mjwab pertayaan saya itu. hihi so sweet. Terima kasih awak..
3- Awak.. saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya.. ish, tapi awak tak pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye saya kat awak bila awak cakap pasal awek lain2 yang ‘cun’ tu. Tapi akhirnya saya tau.. awak nak tgok saya ni percaya ats kesetian awak ke tidak kn? Terima kasih awak..
4- Bila kita keluar je, mesti awak kadang survey2 awek yg lalu lalang kat sebelah kita kan. saja je kan awak siap tegur2 lagi, ish saja kan nak buat saya jeles. dah lah nanti awek tu pun tengok awak, eee gram aw. Tapi, saya tahu awak buat macam tu nak tengok saya macam mana kan, yelah cemburu kan tandanya sayang & lagi satu tu salah satu cara nak menunjukkan yang saya ni awek y amat memahami awak kn. hihi. Terima kasih awak.
5- Saya ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul saya kat awak. Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2 awak ajak, awak boleh pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau, awak tak nak membazir. Yelaa, tiap kali keluar makan, saya order banyak, tapi saya makan tak habis pun. Awak jugak yang habiskan makanan saya tu kan. hihi sorry n terima kasih awak..
6- Selalu kalau kuar, bila saya nak bayar je, mesti cepat2 awak pergi kaunter n cepat2 bayar. susah betul nak bagi saya belanja awak. awak cakap, awak nak saya belanja yang mahal2 je. ishh xberhati perut betol kan suruh saya belanja yang mahal2. Tapi saya tahu, awak saja je bagi alsan tu, sebab xnak saya keluarkan duit belanja awak, awak takot saya xda duit nak belanja makan kat asrama nanti. Terima kasih awak.
7- kadang-kadang saya xtahu nak pakai apa. saya sibok nak pinjam baju atau kasut awak. tapi kdg2 awak xbagi. eee kedekot betul lah awak ni. pinjam pon xboleh. Tapi saya tahu awak xbagi sebab awak xnak saya namapk pelik pakai barang laki. lagi pun kasut awak tu besar, awak takot tertanggal pula kalau saya pkai masa berjalan nanti. Terima kasih awak.
8- Saya mintak kat awak macam-macam. Beli keychain, beli buah tangan lah. Tapi awak tak nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masin betul awk ni. Jeles tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam untuk dorg. Tapi saya tau, awak tak nak belikan macam-macam untuk saya sebab awak tak nak bazirkan duit awak kat situ, sebab awak nak simpan duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih awak..
9- Awak selalu tak reply msg saya. Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri awak ssh sangat nak reply. Eiii.. geram sgat2 aw. Hari-hari awak buat macam tu. kadang2 lepas berjam2, baru nak reply. bila saya online, bukak Ym, saya tengok awak boleh pulak online. Busy ke tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya buang masa bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak..
10- kadang saya call pon awak tak angkat, awak cakap awak xdengar lah, bussy lah, hp jauhlah. eeee gram taw. call kadang berkali2 baru awak angkat. kadang terfikir, awak tahu x sy rindu awak ni. tapi saya tahu, awak tahu yang saya rindu bila xdapat dengar suara awak, sebab tu awak sengaja buat macam tu. rindu tu kan dapat menambahkan kasih syang. Terima kasih awak....
11- kadang2 kalau kita chat dekat ym atau facebook, saya minta awak bagi saya emot kiss pon susah awak nak bagi. saja je nak buli saya buat saya minta2 kat awak. eee gram betol time tu. Tapi saya tahu awak sengaja nak buat sampai saya merajuk then baru awak bagi emot tu tiba. rasa sweet sangat time tu. Terima kasih awk.
12- Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak dengar masalah saya kan. Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya aw. Tapi saya tau, salah saya jugak.. kalau saya tengah2 emo tu mesti marah2 n kadang2 mbuatkn kita nyaris putus. sebab tulah awak malas nak layan, sebab nak elakkan kita dari bergaduh kan. Terima kasih awak..
13- Bila saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss! Penat je saya masak tok awak . Awak bukan nak appreciate, kutuk saya lagi adalah. Best betul awak perli saya. Tapi saya tau, awak sengaja cakap macam tu, sebab awak nak saya belajar masak mulai sekarang. Nanti takde la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima kasih awak..
14- Bila saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak cakap, “ saya bukan budak-budak lagi laa.” Tapi, bila awak membebel-bebel kat saya tu takpe pulak. Haishh. Susah tol nak faham awak ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak kata saya tak amik berat pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak..
15- Err.. banyak sangat dah ni. cukup2lah, t pening pulak awk membacanya :P Saja tambah no 15 ni. Haa.. terima kasih awak sebab bagi saya peluang tok sayang awak.. ^-^
Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak selama ni. Saya asyik marah-marah sampai tak tau nak jaga hati awak. Saya kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye. Awak kena faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang hebat la kalau ada yang tak puas dalam hati ni. hihi. Tapi sekarang saya sedar, setiap yang awak buat tu ada sebabnya :D. itulah membuatkan awak lain dari laki2 lain yang pernah saya jumpa. menjadikan u're more special from them :)
Awak, terima kasih. Mintak maaf la ye. Saya ni xcukup romantik nak tulis ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak pandai berpuitis, sebab dulu masa sekolah saya amik aliran sains tapi kalau dah sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira ‘sweet’ jugak kan? Hee..
again terima kasih ye awak. dah2 jangan emo2 je. insyallah lepas ini saya akan buat yang terbaik lagi. awak janganlah marah2 saya lagi ye. terima kasih atas segalanya. saya sayang awak <3
p/s : cukup2lah tu tersenyum sorang2. nanti pelik lak owg kat sekeliling awak tgok :P
Always Love<3,
Your Gf ^.^
Inilah alkisahnya bila cik gf menghantar surat dekat encik bf yang sedang kecik hati. Haha. Sweet kan?