Dashboard | +Follow
Blog | Kyra Hasman


Kyra
25 years old
UTeM Alumni
Strategic Marketing Manager
Twitter | Facebook | Instagram

Previous Home Continue


YDP Agong Rasmi Masjid Baru UTEM
Friday, November 11, 2011 | 15:47 | 0 heartsā™„

Melaka, 11 Nov : Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin hari berkenan merasmikan Masjid Sayyidina Abu Bakar di kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob merangkap Canselor UTeM, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Pro Canselor, Tan Sri Dr. Johari Mat serta Ahli Exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan, warga UTeM dan rakyat jelata.
Selepas bertitah dan menandatangani plak perasmian, baginda kemudian menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama rakyat jelata.
Baginda yang tiba di sini pagi ini bagi melakukan lawatan rasmi sehari ke negeri ini.
Sesudah solat, baginda berkenan bersalaman dengan rakyat jelata termasuk pelajar serta warga kerja UTeM yang berpusu-pusu beratur mengambil kesempatan menatap wajah raja yang disanjung tinggi itu. 
GZDaily

Labels: