Dashboard | +Follow
Blog | Kyra Hasman


Kyra
25 years old
UTeM Alumni
Strategic Marketing Manager
Twitter | Facebook | Instagram

Previous Home Continue


Saat Hati Kita Bersatu, Kala Jiwa Mereka Terlena.
Saturday, August 25, 2012 | 08:57 | 0 heartsā™„


Ramai yang hanya memikirkan keindahan,
tanpa memandang kesukaran mendapatkannya,
mereka bermimpi di dalam lena,
menyangka dengan berdoa dan berharap tercapai segala-gala.

Baitul Muslim,
keluarga bahagia,
cinta dan kasih sayang,
keredhaan Yang Maha Esa,
ramai menyangka dengan semudah berangan,
semua akan hadir dengan sendirinya,
ramai berfikir dengan hanya banyak berbicara akannya,
semua akan wujud di dalam kehidupannya.

Namun ramai bermimpi di dalam lena mereka.

Sedang kita bersatu dengan kesukaran,
bertemankan keringat dan air mata,
diri penuh dosa, namun tidak segan berusaha merapatiNya,
mendisiplinkan diri dan mematangkan minda,
membersihkan hati dan memperkasakan jiwa,
bukan sekadar tahu bicara persediaan akhirat,
namun dunia dipertimbangkan jua,
bersabar dengan masa dan segala halangan,
bukan tahu merungut dan menghambur dalil semata-mata.

Ramai tidak menyedari,
kita bersatu kerana membina ummah baginda,
kahwin adalah dakwah,
rumahtangga adalah tarbiyahnya,
perkahwinan hanya sehari,
kehidupan bersama itu harapnya hingga ke syurga.

Maka bagaimana boleh didapati,
dengan jiwa yang terlena?

Kita bersatu dengan usaha yang gigih,
hingga pernah gigi diketap,
dan mata basah dengan tangis,
jiwa bergegar dengan resah,
dan dahi lekat ke bumi mohon rahmatNya direnjis.

Ini bukan permainan orang-orang yang lena,
ini bukan perkara yang indah seindah mimpi,
ini adalah realiti dan perjuangan hakikatnya,
ini adalah yang diisi dengan onak dan duri yang menyakitkan kita.

Mengharungi semua itu, 
kita bersatu dan bahagia,
bukan semakin resah,
dengan 1001 asam garam rumahtangga.

Terus bergerak mencari redhaNya.

~ Hilal Asyraf ~
0740
250812
Bintulu,
Sarawak, Malaysia.