Assalamualaikum!
Last week ada kawan nak datang rumah,
lepastu ada kenduri, photoshoot,
biasa lah musim raya macam ni.
banyak betul event. hehe
Saje je la nak bawak buah tangan sikit,
so decide nak buat Kek Batik Oreo
macam menarik je kan idea tu? hehe
Bawak Kek Batik ni,
ramai pulak yang berkenan & minta resepi
so here it is,
Kek Batik Oreolicious
I buat 2 adunan, so pandai-pandai la agak kalau nak buat sikit/lebih ke
Bahan-Bahan Kek Batik Oreolicious:
500g butter (I guna Buttercup)
1 cup susu pekat (F&N bervitamin)
3 cawan milo
1/2 cawan cocoa powder
2 pack biskut marie (Hwa Tai)
1 pack oreo
Cara buat Kek Batik Oreolicious:
Sediakan tray (lagi elok tray besi), alas dengan kertas,
sapu dengan margerine sikit.
Letakkan kuali, dengan api kecil,
cair kan butter, lepastu masukkan susu pekat,
gaul sampai sebati.
Api maintain slow je, takut hangit
Sambil kacau, masukkan milo & cocoa powder
selang seli, sampai sebati.
Dah sebati matikan api,
masukkan biskut marie
(jangan lupa patahkan biskut tu)
Dah sebati semua masukkan separuh adunan dalam tray,
ratakan. Kemudian lapiskan dengan biskut oreo
(patahkan dulu biskut tu)
kemudian adunan lagi separuh,
letak dalam tray sampai habis
ratakan, kemudian tunggu sejuk,
masukkan dalam peti
Lepas 5-6 jam dah boleh serve.
Goodluck!