Hai peeps! Lama tak update blog. heee
Busy sikit. Macam-macam jadi kat kehidupan I tahun ni.
Fuhhh nak cerita pun tak sanggup.
Tapi ayam punya pasal, cerita jugak la
(sebab sis suka sangat makan ayam HAHA!)
Okay, start dari Januari hidup sis dah start berubah.
Ada kawan ajak bukak bisnes.
Tak guna banyak modal, untung Alhamdulillah
senang nak rolling.
Sis tak fikir panjang, terus join dorang.
Bukak company, SSM under 3 orang (partnership)
Asalnya macam berbelah bagi nak buat bisnes ni
tapi bila fikir dapat duit lebih, why not?
Okay Januari bukak SSM,
tapi start bisness slow2,
start cari customer and gain trust
(yela sebab semua muda2)
agak mencabar jugak nak yakinkan customer
Sekarang dah bulan Julai, alhamdulillah bisnes dah stabil
Business Partner pun okay.
Lepastu Februari, dengan izin Allah sis dipertemukan dengan jodoh
buat pertama kali nya. (hew malu itew)
Kami kenal tak lama,
lepastu bawa jumpa family masing2
diikat dengan ikatan pertunangan,
dan.. tak lama lagi akan ada satu lagi ikatan
insyaAllah.
Rezeki melimpah ruah tahun ni
Alhamdulillah
Tapiiiii yang sedihnya
Bulan April baru ni sis berhenti kerja
ada banyak faktor yang menyebabkan sis berhenti.
Salah faham, tiada professionalism dan.. penat
So agak mencabar la kan,
kau nak kawen tetbe kau berhenti kerja?
hahahaha memang serabut mula2
Lepas da bertenang tu baru la fokus bisnes balik
So currently I ade dua bisnes:
i. OEM Services - with my business partner
ii. Bake Shop - with my sister
Do visit my Instagram for your sweet tooth
kyrahasman
Sekarang kerja kat rumah je,
kecuali ada client nak jumpa kat luar,
then only baru meeting kat luar.
Setakat ni Alhamdulillah.
Rezeki laju je.
Bila kita nak, semua boleh
Bila dah kerja sendiri, layan client pun lagi ikhlas
*
*
*
Okay dah lari topik sangat dah ni,
nak jadikan cerita harini sis buat
Masak Lemak Ayam untuk lunch
and ternampak kat news feed (FB)
cara dia masak lain ngan I,
so I decide untuk pos pasal
"the originality of masak lemak ayam"
sebab I peminat tegar ayam HAHAHA
If I were to compare the recipes,
sama je resepi, cuma resepi kat FB tu guna santan kotak
and cara dia masak je lain
I tak berapa berkenan. sebab..
cara dia masak mcm tu lauk boleh cepat basi.
Nape I cakap cmtu?
Dalam resepi kat FB tu dia masukkan ayam sekali dengan santan
sepatutnya, sepatutnya lah kan cara mummy I ajar,
masak ayam dengan cili dulu,
sampai ayam macam dah separuh masak,
baru masuk santan guys.
Okay ni resepi yang mak I share,
turun temurun, memang marvelous
Masak Lemak Ayam weolls!
Cili api 15-20 biji
(tumbuk halus)
*please guna lesung batu,
kalau blend dah tak original daaa*
Kunyit hidup 1 inci
(tumbuk bersama cili)
Serai 2-3 batang
(ketuk sikit/dititik)
Ayam 6-8 ketul
(siap basuh & tos)
Asam keping (1 keping)
Gaul cili & serai yang dah ditumbuk tadi,
dengan ayam & asam keping, dalam besen/mangkuk besar.
Dah sebati baru masukkan dalam kuali,
api slow sahaja, sampai air ayam kering & ayam separuh masak
Kemudian masukkan air sikit,
Santan 1/2 kg
(ikut rasa masing-masing)
*please guna santan segar untuk rasa
yang lebih enak & lauk tahan lama*
Masakkan ayam bersama santan,
guna api slow,
sampai ayam masak
Daun serai
(potong halus-halus)
Taburkan daun serai
Kalau nak letak kentang pun boleh,
untuk penambah rasa
and last jangan lupa garam uolls,
sesedap rasa, jangan masin k.
hehe